Presiden Kuching City, YB Dato Fazzrudin mengucapkan ucapan tahniah kepada skuad Harimau Selatan selepas berjaya menundukkan pasukan Borneo tersebut dalam aksi Liga Super pada Ahad.
Aksi tersebut mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 12 ribu penyokong kedua-dua pasukan terutamanya dari kelab Kuching City.
Perlawanan tersebut menyaksikan skuad tuan rumah, Kuching City terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 hasil tandukan tepat Jairo Da Silva ke arah gawang pasukan Borneo tersebut.
Menurut Presiden Kuching City, YB Dato Fazzrudin, beliau mengucapkan tahniah kepada skuad JDT dan sentiasa akan mengikuti langkah juara Liga Super Malaysia 11 kali berturut-turut itu.
“Tahniah untuk pasukan JDT. Kami telah melihat dan akan selalu mengikuti langkah kejayaan anda,” kata Presiden Kuching City tersebut di satu hantaran media sosial selepas perlawanan di antara Kuching menentang JDT.
Skuad Kuching City bakal meneruskan aksi Liga Super dengan menentang pasukan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Jumaat ini.