Ranking Malaysia mencatatkan peningkatan sungguhpun belum beraksi, November ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski kini menduduki tangga ke-118 dunia selepas merekodkan kempen cemerlang dalam Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Harimau Malaya bakal mengharungi aksi kelima kumpulan berdepan pasukan ke-180 dunia, Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam pada Selasa, 18 November 2025.
Pasukan kebangsaan bagaimanapun mencatatkan peningkatan mendadak sungguhpun masih belum beraksi selain merekodkan peningkatan ranking masa-nyata FIFA.
Kekalahan Nambia kepada Comoros pada aksi FIFA World Cup African Qualifiers dengan keputusan 4-0 menyaksikan mereka kehilangan -4.83 mata untuk mengumpul 1157.96 mata.
Situasi ini membolehkan Harimau Malaya memintas satu tangga – kini menduduki tangga ke-117 dunia dengan 1161.53 mata.
Malaysia kini hanya terpisah dengan margin kecil dengan pasukan tangga ke-116 dunia, The Gambia yang memiliki 1162.12 mata.
Pasukan kebangsaan bagaimanapun kekal selaku pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (98) dan Vietnam (110).