“Tak Sangka Dua Gol Berlaku Dengan Cepat” – Zaquan Adha
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha tidak menyangka bahawa Johor Darul Ta’zim dikejutkan dengan dua jaringan pantas oleh Buriram United tempoh hari.

JDT yang merupakan wakil tunggal Malaysia pada kempen AFC Champions League Elite (ACLE) tewas pada aksi pertama musim ini kepada jaguh Thailand itu.

Sungguhpun mendahului permainan pada babak pertama, anak buah Xisco Muniz terlepas peluang untuk meraih tiga mata pertama apabila dikejutkan dengan dua jaringan daripada Buriram United.

Zaquan Adha sudah meramal bahawa juara bertahan Thai League 1 itu akan hadir dengan serangan bertali arus menentang skuad Harimau Selatan di laman sendiri. 

“Kita jangkakan Buriram akan datang dan membuat serangan. 

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa dua jaringan pantas tuan rumah itu adalah di luar jangkaannya sambil melihat kesilapan individu menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan. 

“Cuma kita tidak menjangkakan mereka akan datang dan menjaringkan dua gol dengan begitu cepat.

“Saya melihat apa yang membezakan antara kedua-dua pasukan adalah kesilapan individu daripada pertahanan JDT,” katanya kepada Astro Arena.

Ujian kedua JDT di ACLE adalah menentang kelab Jepun, Machida Zelvia pada aksi yang dijadual pada 30 September 2025 jam 8.15 malam.