Tambahan Mata Lumayan Buat Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Harimau Malaya memiliki peluang baik dalam misi untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA, November ini.

Pasukan bimbingan Peter Cklamovski cemerlang mengungguli tangga teratas Kumpulan F selepas empat perlawanan dengan 12 mata – 3 mata dipisahkan dengan pasukan tangga kedua, Vietnam.

Malaysia bakal beraksi pada perlawanan kelima menentang Nepal kendalian Matt Ross dengan skuad negara kini menduduki tangga ke-118 dunia (ke-3 di Asia Tenggara).

Kemenangan ke atas pasukan ke-185 dunia itu bakal membolehkan Harimau Malaya meraih tambahan sebanyak +6.88 mata bakal jadi milik Malaysia sekaligus mengumpul 1168.41 mata secara keseluruhan.

Situasi ini juga dijangka membolehkan Malaysia untuk melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-116, memintas The Gambia dan Namibia yang berada paling hampir dengan ranking skuad kebangsaan.

Skuad kebangsaan berada pada momentum terbaik dalam empat perlawanan terakhir -menang ke atas Singapura 2-1  dan Palestin 1-0 sebelum mencatat dua kemenangan ke atas Laos.

Aksi antara Nepal vs Malaysia dijadual berlangsung pada Selasa, 18 November 2025 jam 9.00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.