Tano Solari Bakal Kemudi Kelab Gergasi Mexico
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari dilaporkan bakal mengemudi sebuah kelab gergasi Mexico.

Wartawan sukan Argentina, Cesar Luis Merlo melaporkan Solari dipilih sebagai jurulatih baharu CF Pachuca menggantikan bekas jurulatih Mexico, Jaime Lozano.

Malah, bekas jurulatih Everton de Vina del Mar itu dilaporkan bakal membimbing pasukan itu untuk aksi menentang UNAM Pumas.

Solari dilaporkan menjadi pilihan Pachuca kerana pernah melatih salah satu kelab yang dimiliki pemilik pasukan, Grupo Pachuca iaitu Everton de Vina del Mar.

Semasa di kelab berkenaan, beliau membantu menstabilkan prestasi pasukan itu dan mara ke Copa Sudamericana.

Sekiranya pelantikan ini disahkan, Solari bakal berentap dengan seorang lagi bekas jurulatih JDT dalam liga Mexico, Benjamin Mora. Mora ketika ini melatih kelab Queretaro.