Terengganu Ajak Bawa Bendera Palestin Ke SSMZA Sabtu Ini
MakanBola
TERENGGANU FC

Terengganu mengajak ribuan penyokong membawa bendera Palestin ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada aksi bertemu Kuching City.

Pasukan Penyu memanggil semua penyokong untuk menunjukkan solidariti kepada penduduk-penduduk Palestin yang ditindas oleh negara haram sejak dahulu lagi.

Antara solidariti yang akan diadakan pada Sabtu ini ialah seorang penyokong bersama 1 bendera Palestin dan setiap dari pembelian tiket akan disumbangkan ke tabung Palestin.

Selain itu, seluruh stadium sama-sama mengaminkan doa untuk keamanan Palestin & dunia sebelum sepak mula aksi.

Namun, pihak kelab Terengganu mengharapkan supaya penyokong tidak membawa kain rentang yang berunsurkan provokasi kerana kempen ini menumpukan untuk tunjukkan solidariti terhadap keamanan di dunia.

Kelab tersebut yang dijadualkan bakal bertemu pasukan Kuching City bagi aksi suku akhir pertama Piala FA dijangka mendapat sambutan hangat dari peminat.

Terengganu bakal menerima kunjungan pasukan Kuching City dalam aksi pertama suku akhir Piala FA musim ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu ini.