Terengganu Lepaskan Ubaidullah Shamsul Ke Kem Malaysia B-23
MakanBola
Terengganu FC

Pemain pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul Fazili sah menyertai kem Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) untuk kempen kelayakan Piala Asia B-23 2026.

Perkara ini disahkan oleh pengendali Peteh, Badrul Afzan Razali apabila ditanya tentang siapa yang bakal mengisi kekosongan yang dtinggalkan beliau.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan empat tonggak Malaysia B-23 dijangka lewat menyertai pasukan itu.

Empat pemain tersebut ialah Ubaidullah, Fergus Tierney, Aliff Izwan Yuslan dan Muhammad Abu Khalil.

Ini disebabkan keempat-empat pemain itu perlu memenuhi komitmen bersama pasukan masing-masing sebelum menyertai pasukan yang dibimbing Nafuzi Zain itu.

Badrul memaklumkan beliau telah melepaskan Ubaidullah untuk tugasan Malaysia B-23. Beliau juga menyatakan pemain lain sudah bersedia untuk mengisi tempat yang ditinggalkannya.

“Ya, sudah tentu saya sudah melepaskan Ubai (untuk tugasan Malaysia B-23). Saya mendapat pemain-pemain saya bersedia untuk perlawanan malam esok menentang Selangor,” katanya kepada Nadi Arena.

Badrul dijangka menggunakan kudrat Safwan Mazlan atau Alif Zakaria untuk mengisi kekosongan di bahagian bek kiri.

Terengganu bakal berdepan Selangor FC untuk aksi Liga Super seterusnya pada 27 Ogos ini.