Tertiris Rekaan Didakwa Jersi Terbaru Harimau Malaya
MakanBola
MNT/thread/@syvmri

Tular di media sosial sebuah rekaan jersi yang dikatakan akan digunakan oleh skuad Harimau Malaya.

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Syaiful Amri, beliau telah memuat naik gambar rekaan yang didakwa sebagai jersi baharu Harimau Malaya.

Menariknya, rekaan tersebut menampilkan warna biru selaku warna utama, disertai elemen grafik merah dan putih yang memberikan identiti segar kepada jersi alternatif berkenaan.

Malaysia Jersi Baharu 1 Tertiris Rekaan Didakwa Jersi Terbaru Harimau Malaya
thread/@syvmri

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menggunakan jersi berwarna biru adalah ketika musim 2018 hingga 2019 sebelum warna hitam dipilih sebagai warna alternatif rasmi.

Setakat kini, masih belum ada pengesahan rasmi tentang rekaan ini daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga pengeluar jersi rasmi, Puma.

FAM dan Puma pada 23 Januari lalu telah melancarkan dua jersi buat Harimau Malaya bagi tahun 2025, iaitu jersi Home berwarna kuning dan jersi Away berwarna hitam.