Thailand ‘Tunggu’ Futsal Malaysia B-19
UltraSukan
FA Malaysia

Skuad futsal Malaysia bakal berdepan tuan rumah ASEAN Futsal Cup B-19, Thailand di peringkat separuh akhir.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyiarkan jadual perlawanan separuh akhir kejohanan itu di platform rasmi mereka.

Kesemua aksi separuh akhir bakal berlangsung pada 27 Disember. Indonesia dan Vietnam akan berentap terlebih dahulu dalam aksi yang berlangsung pada jam 5.00 petang.

Ini disusuli aksi membabitkan Malaysia B-19 dan Thailand yang akan berentap pada jam 8.00 malam. Kesemua perlawanan diadakan di Stadium Nonthaburi.

Malaysia menepati sasaran layak ke separuh akhir ASEAN Futsal Cup B-19 sebagai naib juara Kumpulan B.

Anak buah Rakhpol Sainetngam mara meskipun tewas tipis 1-0 kepada pasukan negara jiran, Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan yang diadakan pada 25 Disember lalu.