“Tidak Mudah Jinakkan Chengdu Rongcheng Di China” – Xisco Munoz
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz menganggap tidak mudah untuk jinakkan pasukan Chengdu Rongcheng di China bagi aksi ke-3 Liga Juara-Juara Asia 2025-2026.

Ini berikutan dengan keadaan padang dan cuaca di Stadium Bola Sepak Taman Sukan Bukit Phoenix, Chengdu, China ketika beraksi.

Menurut Xisco Munoz, tidak mudah untuk tundukkan pasukan Chengdu Rongcheng di China dengan atmosfera di sana sangat menakjubkan.

“Tidak mudah tewaskan Chengdu Rongcheng di sini. Namun hari ini, mereka menyesuaikan diri dengan baik mengikut keadaan padang dan melakukan apa yang perlu untuk menang.”

“Menang 2–0 menentang pasukan yang kuat dengan pemain-pemain berkualiti dan suasana penyokong yang hebat bukanlah sesuatu yang mudah,” kata Xisco Munoz selepas perlawanan di antara JDT dan Chengdu Rongcheng.

JDT bakal meneruskan aksi dalam Liga Juara-Juara Asia musim 2025-2026 dengan menentang Shanghai Shenhua pada 5 November depan di Stadium Sultan Ibrahim.