Tifo Palestin Penyokong Persib Bandung & Selangor Raih Perhatian Dunia
MakanBola
Maenbal Bandung

Meskipun fokus dengan aksi ketiga Kumpulan G ACL2 antara Persib Bandung dan Selangor FC, penyokong kedua-dua pasukan tetap menzahirkan sokongan kepada Palestin.

Ini terbukti apabila sepanduk yang menyokong perjuangan rakyat Palestin digantung di Stadium Gelora Bandung Lautan Api pada 23 Oktober lalu. Hal ini dilaporkan Tribunnews.

Sepanduk tersebut berbunyi ‘Jika Anda Mahukan Keamanan, Perjuangkanlah Keadilan. Bebas Palestin.’

Selain itu, penyokong Maung Bandung atau Bobotoh dan Ultras Selangor turut melaungkan slogan ‘Bebas Palestin’ sepanjang perlawanan berlangsung.

Sebaik imej tifo tersebut disiarkan di media sosial, ia mendapat perhatian ramai pihak termasuk wartawan sukan antarabangsa.

Salah seorang daripadanya ialah wartawan sukan Maghribi, Leyla Hamed. Beliau melihat sepanduk dan laungan Bebas Palestin sebagai mesej bersama penyokong Persib dan Selangor untuk Palestin.

“Satu mesej bersama daripada penyokong Persib Bandung dan Selangor FC semasa aksi Liga Juara-Juara 2 mereka,” katanya di X.

Solidariti penyokong bola sepak dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin semakin lantang dilaungkan dari bumi Sepanyol hinggalah Bandung.