Tiket perlawanan di antara Kuching City menentang JDT laku keras apabila tiket tersebut dianggarkan habis dijual sebelum sepak mula.
Menurut laporan TV Sarawak, tiket bagi aksi Kuching City vs JDT ini telah cepat disambar oleh peminat-peminat kedua-dua pasukan terutamanya dari Kuching City.
Pertembungan ini dijangka mendapat sambutan hangat selepas tiket di beberapa zon utama telah habis jual, ini menandakan bahawa semangat kesukanan terutamanya sukan bola sepak di negeri Sarawak sangat tinggi.
Walaubagaimanapun, pihak Kuching City memaklumkan masih mempunyai tiket di kawasan tempat duduk terbuka bagi menyaksikan perlawanan yang akan membariskan pemain-pemain berprofil tinggi dari kedua-dua kelab.
Sementara itu, skuad Kuching City mempunyai dua pemain pinjaman dari JDT iaitu penyerang muda berprolifik, Gabriel Nistelrooy dan pemain tengah berpengalaman, Daniel Amier.
Walau begitu, kedua-dua pemain tersebut dapat diturunkan bagi aksi nanti berikutan kebenaran dari pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Selain itu, kehadiran penyerang warisan negara, Joao Figueiredo ke pasukan Harimau Selatan turut memberikan tonik tambahan buat skuad kendalian Xisco Munoz ini.
Ini merupakan antara faktor-faktor perlawanan di antara skuad Borneo dan juara 11 kali berturut-turut Liga Super, JDT menjadi tumpuan hangat minggu ini.
Perlawanan ini dijadualkan berlangsung pada Ahad pukul 8.15 malam di Stadium Negeri Sarawak.