Tiket Aksi Malaysia Di Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 Berharga RM15
MakanBola
FA Malaysia

Tiket perlawanan aksi Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 boleh didapatkan dengan harga serendah RM15 sehari bagi dewasa dan RM5 sehari untuk kanak-kanak.

Menurut info tiket di laman sesawang Football Association Malaysia (FAM), aksi pada 6,8, & 10 Ogos ini bakal diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Setiap hari perlawanan mempunyai 2 aksi perlawanan yang boleh ditonton bagi peminat bolasepak wanita di Malaysia bagi menyokong industri bolasepak wanita.

Malaysia yang akan membuka aksi Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 dengan menentang Iran pada 6/8 waktu malam dijangka menerima tentangan sengit dari pihak lawan.

Berselang dua hari, Malaysia akan turun semula bertemu dengan skuad Jepun yang merupakan antara ancaman terbesar dalam Kelayakan ini.

Malaysia bakal menamatkan aksi pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 ini dengan menentang skuad Guam pada 10/8 aksi di sebelah malam.

Malaysia B-20 yang dibarisi muka-muka baharu dan berkualiti dijangka bakal melepasi pusingan Kelayakan ini. Skuad Malaysia turut disertai beberapa pemain yang bermain di luar negara seperti Kachenjeet Kaur, Lauren Hoh, Tegen-Su-Yin dan Dishanna Nagarajan.