Penyokong berpeluang untuk menonton aksi antara pasukan Malaysia vs Singapura malam ini di tiga saluran.
Skuad kendalian Peter Cklamovski turun dengan momentum terbaik susulan kemenangan 4-0 ke atas Vietnam pada aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Harimau Malaya telah menanggil 29 pemain pada kem kali ini bagi dua aksi penting dengan lima pemain warisan menjadi tunjang utama berdepan The Lions.
Pada peminat juga berpeluang untuk menonton aksi skuad kebangsaan ini di tiga saluran selepas pengumuman oleh TVS Entertainment mengenai siaran langsung yang bakal disiarkan.
Malaysia bakal bertemu Singapura yang menduduki tangga ke-159 dunia ketika ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam ini (Khamis) sebelum ke Johor Bahru menentang Palestin pada 8 September 2025.
Siaran Langsung Malaysia va Singapura
Tarikh: 4 September 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil
Siaran Langsung: TVS 122 MYTV, UNIFI TV & ASTRO ARENA
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.