Tonton Siaran Langsung Nepal vs Malaysia Secara Percuma
MakanBola
FA Malaysia

Peminat Harimau Malaya berpeluang tonton aksi Nepal vs Malaysia secara langsung tanpa bayaran.

Aksi Kelayakan Piala Asia 2027 kembali bersambung dengan perlawanan ke-5 kumpulan F menjadi tumpuan antara Nepal vs Malaysia yang bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pertemuan ini dianggap cukup penting buat anak-anak didik Peter Cklamovski bagi meneruskan rentak cemerlang dalam kempen kali ini selepas menerajui kumpulan F dengan rekod bersih.

Selepas 4 perlawanan, Malaysia berjaya mengumpul 12 mata maksimum hasil kemenangan dalam kesemua aksi dan cuma dibolosi satu jaringan sahaja ketika menumbangkan Laos 5-1 bulan lalu.

Cerita berbeza di kem Nepal yang masih menantikan 3 mata sulung, ditambah pula rasa kempunan untuk turun beraksi di laman sendiri meskipun bakal turun sebagai pasukan tuan rumah.

Demi memastikan peminat Harimau Malaya yang tidak dapat ke SNBJ tetap dapat mengikuti aksi malam ini, TV Okey dan Sukan RTM bakal menyiarkan secara langsung perlawanan Nepal vs Malaysia secara percuma.

Maklumat lanjut perlawanan dikongsikan di bawah.

Info Siaran Langsung Nepal vs Malaysia

Tarikh: 18 November 2025 (Selasa).
Masa: 9 malam.
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
Siaran Langsung: Astro Arena BolaTV Okey (percuma) & Sukan RTM (percuma).

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.