Tular Semula Video Jari Rodrigo Holgado Terkehel Dirawat Dalam Sekelip Mata
MakanBola
America de Cali

Nama penyerang Harimau Malaya, Rodrigo Holgado kembali menjadi sebutan baru-baru ini.

Ini selepas halaman Pecinta Bola Sepak Malaysia memuat naik video lama Holgado mengalami kecederaan jari terkehel pada tahun 2024.

Kecederaan itu dialami dalam satu aksi beliau ketika mewakili America de Cali. Selepas mengalami kecederaan tersebut, beberapa pemain menggesa doktor pasukan itu segera masuk untuk merawat kecederaan Holgado.

Sebaik melihat jari bekas penyerang Gimnasia La Plata itu terkehel, doktor tersebut segera membetulkan jari Holgado dalam sekelip mata.

Meskipun pada awalnya mengadu kesakitan, penyerang Audax Italiano itu kembali meneruskan permainan. Situasi ini berlaku tidak lama selepas Holgado menyertai America de Cali pada Oktober 2024.

Sebaik video tersebut kembali dikongsikan di media sosial, ramai penyokong berkongsi memori kecederaan sama dan cara jari mereka dibetulkan.

Holgado sudah merekodkan dua penampilan bersama Harimau Malaya. Kelibatnya dijangka ditagih Peter Cklamovski untuk dua aksi menentang Laos pada Oktober ini.