Tunku Ismail: Banyak Lagi Akan Menyusul
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor yakin lebih banyak kejayaan bakal dicapai oleh gergasi bola sepak tanah air itu.

Pada musim lalu, JDT sekali lagi mengharungi musim cukup gemilang dengan menjulang 4 kejuaraan utama di peringkat domestik sekaligus mengukuhkan status selaku kuasa bola sepak tanah air.

Kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ini jelas sekali membuktikan satu dominasi hebat yang dipamerkan oleh pasukan Harimau Selatan, bahkan jauh meninggalkan pencabar yang lain.

Malah, kejayaan merangkul Triple Quadruple pada musim lalu meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk dicapai oleh pasukan-pasukan lain di dalam saingan bola sepak Malaysia ini.

Oleh itu, DYAM Tunku Ismail mahu semua peminat JDT terus meraikan setiap kejayaan yang dicapai dalam tempoh sekitar 10 tahun ini dan yakin akan ada lebih banyak kejuaraan diraih di masa hadapan.

”Jangan cepat sangat lupa. Kejayaan ini baru beberapa tahun lalu, bukan 40 tahun lalu. Banyak lagi akan menyusul In Shaa Allah,” tulis Tunku Ismail di ruangan komen Official Johor.

Komen Tunku Ismail 1 Tunku Ismail: Banyak Lagi Akan Menyusul
Komen Tunku Ismail Di Laman Instagram Official Johor

JDT baru sahaja menamatkan kempen pra-musim mereka di Sepanyol dengan anak-anak buah Xisco Munoz merekodkan 3 kemenangan, dua keputusan seri dan dua kekalahan tipis di sana.

Musim 2025-2026 pasukan Harimau Selatan ini bakal dibuka dengan aksi Piala Sumbangsih menentang Selangor pada 8 Ogos hadapan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.