Tunku Ismail Pantau Sesi Latihan JDT Di Sepanyol
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail hadir ke Sepanyol bagi memantau sesi latihan pasukan.

Pasukan JDT ketika ini berada di Sepanyol bagi menjalani kem pra-musim selama 22 hari sejak dua minggu lalu dan mengatur aksi pemanas badan bersama 8 buah kelab di sana.

4 aksi persahabatan telah diharungi oleh JDT di sana dengan dua kemenangan dan dua keputusan seri berhasil direkodkan oleh anak didik Xisco Munoz termasuklah mengikat Levante UD baru-baru ini.

Hantaran terbaharu oleh laman Johor Southern Tigers (JST) menyaksikan Tunku Ismail tiba untuk memantau sesi latihan JDT sebagai persiapan rapi bagi menempuh baki 4 lagi aksi selepas ini.

Tunku ismail hadir ke latihan skuad Harimau Selatan sambil ditemani oleh Ketua Pengarah Eksekutif (CEO), Luis Garcia dan Pengarah Sukan, Kiko Insa di pusat latihan di Alicante.

Ujian seterusnya menanti juara Liga Super 11 kali ini adalah Valencia Mestalla pada 14 Julai ini di Estadi Olimpic Camilo Cano untuk perlawanan ke-5 pra-musim JDT di Sepanyol.