Tunku Ismail Terima Jemputan Presiden PSG Bersama Delegasi FIFA
MakanBola
DYAM Tunku Mahkota Ismail

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Delegasi FIFA antara jemputan khas daripada Presiden PSG untuk menonton perlawanan.

Menerusi suatu hantaran di laman Facebook, DYAM Tunku Ismail berkongsi gambar Baginda sebagai tetamu jemputan untuk menyaksikan 2025 FIFA Intercontinental Cup antara PSG dan Flamengo.

Jemputan khas ini diterima oleh Baginda daripada pihak His Excellency Sheikh Joaan bin Hamad Al Thani selaku Presiden Jawatankuasa Olimpik Qatar (QOC) dan juga Presiden Paris Saint-Germain FC (PSG) Nasser Al-Khelaifi.

DYAM Tunku Mahkota Ismail turut dijemput sebagai tetamu khas bagi Perlawanan Akhir Piala Arab FIFA antara Morocco dan Jordan malam ini.

Baginda turut berkongsi foto bersama Presiden FIFA, Gianni Infantino yang turut menerima jemputan atas nama Delegasi badan induk bola sepak dunia itu bagi menyaksikan aksi yang dimenangi oleh PSG.