Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail meninggalkan satu petanda baru-baru ini.
Skuad Harimau Selatan baru sahaja selesai menjalani aksi pra-musim di Sepanyol dengan menentang tujuh pasukan berstatus besar dari serata dunia.
Pasukan bimbingan Xisco Munoz merekodkan tiga kemenangan, dua seri dan dua kekalahan sebelum melancarkan jersi ketiga pasukan di sana.
Laman Johor Southern Tigers memuat naik klip berkenaan jersi baharu pasukan yang bertemakan biru laut dengan rakaman dilakukan di Sepanyol.
DYAM Tunku Ismail bagaimanapun sempat meninggalkan satu petanda sebagai reaksi kepada jersi baharu itu dengan hanya emoji tanda hati dengan tiga warna – biru laut, putih dan merah jambu.
Hal ini menyebabkan para peminat berteka-teki sama ada warna tersebut merujuk kepada jersi baharu yang bakal dipakai oleh skuad Harimau Selatan bagi musim 2025-26.
JDT bakal menggalas cabaran besar buat Malaysia apabila menjadi wakil buat dua kejohanan utama iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan juga ACC Shopee Cup.