Ucapan Anwar Ibrahim Selepas Lee Zii Jia Raih Gangsa Di Olimpik
UltraSukan
Anwar Ibrahim/Olympic Malaysia

Kejayaan Lee Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 mendapat penghargaan ramai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zii Jia meraih pingat gangsa acara perseorangan lelaki selepas berjaya menewaskan jaguh India, Lakshya Sen dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Selepas tewas 21-13 dalam set pertama, bekas juara All England 2021 itu bangkit dan mengungguli dua set berikutnya dengan keputusan 21-16, 21-11.

Pencapaian ini sekaligus memadamkan memori ditewaskan wakil China, Shi Yuqi dalam pusingan 16 pemain terbaik edisi 2020 di Tokyo, Jepun.

Sebaik pencapaian ini diketahui, ramai pihak mengucapkan tahniah atas pencapaian Zii Jia termasuk Anwar. Ini kerana juara Thailand Open 2024 itu telah menambah satu lagi pingat gangsa untuk kontinjen negara di Paris, Perancis.

“Tahniah Lee Zii Jia! Satu lagi persembahan memukau yang menghadirkan pingat gangsa kedua untuk negara!” katanya menerusi satu ciapan di X.

Zii Jia mengikut jejak dua legenda negara, Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei sebagai pemenang pingat Olimpik untuk acara perseorangan lelaki.