V. Ruventhiran Berkelana Ke Filipina
MakanBola
Selangor FC

Bekas pemain pertahanan Selangor FC, V. Ruventhiran memilih berkelana ke bumi Filipina.

Semakan di Transfermarkt mendapati pemain pertahanan berusia 23 tahun itu memilih menyertai kelab Aguilas-UMak FC.

Ini turut disahkan pengurusan kelab Philippines Football League (PFL) itu. Ini selepas kelab mengumumkan barisan pemain yang menjadi taruhan Jorg Steinebruner bagi menghadapi musim 2025/26.

Pengumuman ini sekaligus memadamkan khabar angin yang mengaitkan Ruventhiran dengan kelab Pantai Timur, Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC).

Bekas pemain Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) itu menjadi sebahagian daripada 12 pemain import baharu yang menyertai Aguilas-UMak.

Selain Ruventhiran, Aguilas turut merekrut Nahuel Amarilla, Olagar Xavier, Kira Yamamoto, Timothy Shiraoka, Ibrahim Adamu, Tomoki Fujihara, Ikumi Hiruta, Boubacar Diallo, Muhammad Mishbah, Reycrendo Beremenda dan Made Kaicen.

Ruventhiran menjadi pemain Malaysia terbaru yang memilih berkelana ke luar negara. Beliau mengikut jejak Sergio Aguero, David Rowley, Brendan Gan, Endrick dos Santos dan Dion Cools.