Vietnam berjaya menundukkan pasukan kebangsaan Nepal dengan keputusan 3-1 di Stadium Go Dau pada Khamis bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027.
Pasukan kebangsaan Vietnam membariskan Dang Van Lam di bahagian penjaga gol dan Do Duy Manh sebagai pertahanan manakala Nguyen Tien Linh mengemudi jentera serangan negara tersebut.
Sementara itu, Nepal menurunkan Kiran Chemjong di benteng terakhir dan Gillespye Jung sebagai ayam tambatan pasukan julukan The Gorkhalis.
Vietnam tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 9′ menerusi penyerang berbisa, Nguyen Tien Linh sekaligus menceriakan ribuan penyokong sendiri di stadium.
Nepal berjaya mengikat kedudukan pada minit ke 17′ dengan ledakan cantik menerusi pertahanan kanan The Gorkhalis, Sanish Shrestha.
Vietnam tampak menguasai perlawanan namun tiada tambahan jaringan dilakukan sehingga tamat separuh masa pertama perlawanan.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-1 bagi kedua-dua pasukan.
Bersambung babak kedua perlawanan, Vietnam masih mengekalkan intensiti tinggi bagi memperoleh gol kemenangan.
Vietnam dilihat melancarkan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang Nepal namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan pasukan kebangsaan tersebut.
Pasukan Bintang Emas berjaya menambah jaringan pada minit ke 67′ oleh Pham Xuan Manh sekaligus menjarakkan kedudukan dengan 1 gol.
Nguyen Van Vi terus memberikan derita buat Nepal pada minit ke 72′. Jaringan tersebut terus mematikan langkah pasukan pelawat untuk meraih 3 mata penuh.
Perlawanan tamat dengan keputusan 3-1 memihak kepada pasukan tuan rumah, Vietnam sekaligus menghuni di tangga kedua kumpulan F dengan 6 mata.