Pemain St. Louis City, Wan Kuzain itu berada dalam senarai bersedia skuad Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan September ini menentang Singapura & Palestin.
Hal ini dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di laman sesawang dengan menyaksikan Wan Kuzain Wan Kamal berada di senarai bersedia Malaysia.
Beliau yang memulakan karier bola sepak di Amerika Syarikat itu dilihat semakin hampir menyarung jersi kebangsaan apabila sudah dikenal pasti boleh mewakili Malaysia sejak beberapa tahun lepas.
Antara kelab yang beliau pernah mewakili adalah Swope Park, Kansas Academy, RGV FC Toros dan kelab terkini St. Louis 2.
Wan Kuzain telah membuat sebanyak 87 penampilan bersama skuad St. Louis 2 dengan menjaringkan 15 gol dan 12 bantuan jaringan.
Beliau merupakan pemain yang boleh bermain di beberapa posisi iaitu pemain tengah menyerang, tengah kanan dan pertahanan tengah.
Wan Kuzain mendapat kelayakan bermain bersama skuad Malaysia kerana kedua-dua ibu bapa beliau merupakan rakyat Malaysia meskipun pemain tersebut dilahirkan di Amerika Syarikat.
Pasukan beliau, St. Louis 2 bakal meneruskan aksi MLS Next Pro dengan menentang Houston Dynamo 2 pada 1 September Isnin depan.