Wei Chong-Kai Wun Layak Ke World Tour Finals Kali Pertama
UltraSukan
BA Malaysia

Man Wei Chong dan Tee Kai Wun mengesahkan kelayakan ke BWF World Tour Finals buat kali pertama dalam karier mereka.

Kejayaan itu dicapai selepas satu lagi wakil Malaysia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terkandas di peringkat separuh akhir Kumamoto Masters.

Berita ini bukan saja menyaksikan Sze Fei-Izzuddin terlepas peluang mara ke final kejohanan itu. Malah, ini turut menutup peluang mereka mara ke BWF World Tour Finals di Hangzhou, China.

Ini ditambah dengan kedudukan terbaru Race to Hangzhou menyaksikan Wei Chong-Kai Wun masih berada dalam kelompok lapan regu lelaki terbaik.

Mereka turut mencipta sejarah sebagai beregu lelaki kelapan Malaysia yang beraksi dalam kejohanan akhir musim BWF (era Super Series dan World Tour Finals).

Selain Wei Chong-Kai Wun, cabaran Malaysia di Hangzhou turut digalas Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.