Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United FC mengesahkan bahawa pertahanan, Harry Montague layak mewakili Malaysia.
Tonggak berusia 16 tahun itu telah menandatangani kontrak biasiswa penuh pada Julai 2025 untuk terus kekal bersama kelab.
Pemain berbakat besar itu sebelum ini menjadi buah mulut peminat dan telah bersama The Hammers sejak berusia 9 tahun sebelum kembali bersama pasukan pada musim 2024/25.
Pemain yang lahir pada 9 Februari 2009 itu bagaimanapun sekali lagi mencuri tumpuan apabila disahkan berketurunan Malaysia menerusi kemas kini di laman web kelabnya.
Beliau kini menjadi sandaran utama skuad West Ham B-18 apabila tampil dalam kesebelasan utama ketika menewaskan Fulham dengan keputusan 2-1.
Malaysia kini menerima sentuhan pemain warisan baharu buat skaud senior dari luar negara seperti Facundo Garces, Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, Gabriel Palmero dan Wan Kuzain.

Walau bagaimanapun, status sebenar Harry Montague masih belum diketahui tatkala masih belum ada pengesahan rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).