Xisco Munoz Anggap JDT & Lion City Sailors Ada Kelebihan Sama Rata
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz menganggap Harimau Selatan dan Lion City Sailors mempunyai kelebihan sama rata bagi aksi pembukaan Shopee Cup.

Untuk makluman, JDT menyertai Shopee Cup buat julung kali bagi musim ini berdasarkan tiket diberikan kepada juara dan naib juara Liga Super Malaysia musim lepas.

JDT dan Lion City Sailors mempunyai jadual padat pada musim ini dijangka tidak berdepan sebarang masalah apabila kedua-dua pasukan mempunyai skuad pemain-pemain besar.

Menurut Xisco Munoz, Kedua-dua kelab mempunyai ramai pemain tempatan dan asing bagus untuk diturunkan pada aksi esok.

“Ini sama seperti semua pasukan mempunyai lambakan pemain asing. Kami mempunyai 34 pemain untuk memulakan perlawanan.

Tambah Xisco Munoz, beliau sangat gembira apabila kesemua pemain berada dalam kondisi yang baik untuk menentang skuad Lion City Sailors esok.

“Kami sangat gembira boleh menggunakan ke semua pemain. Peraturan pemain asing boleh digunakan kedua-dua pasukan jadi ini akan memastikan skuad JDT dan Lion City Sailors mahu menurunkan kesebelasan utama yang terbaik pada perlawanan esok,” kata Xisco Munoz, ketua jurulatih JDT ketika sidang media sebelum perlawanan.

JDT bakal menerima kunjungan Lion City Sailors di Stadium Sultan Ibrahim pada esok bagi aksi Shopee Cup.