Xisco Munoz: Ini Apa JDT Patut Buat
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz melihat rekod 12 kemenangan yang dilakar pasukan itu bukan satu perkara yang asing.

Ini kerana pada hematnya, ini sesuatu yang patut dilakukan JDT bersesuaian dengan status mereka sebagai pasukan gergasi tanah air.

Selain itu, rekod tersebut turut memberi keyakinan kepada Harimau Selatan untuk terus bertakhta sebagai pendahulu Liga Super.

“Salah satu perkara penting hari ini ialah merekodkan 12 kemenangan berturut=turut dalam pusingan pertama liga.

“Ini sesuatu yang kita patut lakukan. Ini penting untuk kita satu-satunya pasukan yang melakukannya,” katanya.

Munoz ditemui media selepas aksi liga antara JDT dan Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

JDT mengekalkan rekod kemenangan 100% dengan meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas pasukan Pantai Timur itu.