Xisco Muñoz Mahu JDT Elak Beri Ruang Kepada Bangkok United
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Xisco Munoz mahukan skuad beliau, JDT tidak memberi ruang kepada Bangkok United bagi aksi kedua Shopee Cup pada Khamis.

Aksi minggu kedua Shopee Cup bakal menemukan JDT dan wakil Thailand, Bangkok United dengan skuad Harimau Selatan mendapat tonik tambahan hasil kemenangan terakhir menentang Sabah dengan keputusan 8-0.

Sementara itu, pasukan Bangkok United hadir ke Stadium Sultan Ibrahim selepas kekalahan kepada skuad gergasi Thailand, Buriram United pada aksi ke 5 Liga Thailand musim ini.

Menurut Xisco Munoz, skuad Harimau Selatan mampu mengatasi Buriram United tempoh hari namun dengan beberapa kesilapan mudah menghukum JDT dan mengharapkan pasukan beliau tidak memberi banyak ruang kepada Bangkok United bagi aksi pada Khamis.

“Perlawanan di antara Bangkok United dan Buriram United menyaksikan kedua-dua pasukan mampu memenangi aksi tersebut sama seperti ketika kami menentang skuad julukan Thunder Castle tersebut.”

“Namun sekarang kami juga mempunyai kelebihan dengan bermain di halaman sendiri dan kami harus menunjukkan mentaliti, kekuatan dan karakter di tahap terbaik kerana kebiasaanya apabila anda membuka ruang kepada skuad Bangkok United akan memanfaatkan dengan cepat,” kata Xisco Munoz ketika aksi sidang media sebelum perlawanan.

Untuk rekod, JDT telah mencatatkan 7 kemenangan dan satu keputusan kalah dalam 8 perlawanan musim ini sekaligus tidak mencetuskan rasa cemas dalam kalangan peminat Harimau Selatan meskipun tumpas kepada Buriram United.

Perlawanan JDT vs Bangkok United bakal berlangsung pada Khamis, 25 September di Stadium Sultan Ibrahim dengan sepak mula aksi dijadualkan tepat jam 5:30 petang.