Xuan Son: Ini Baru Permulaan
MakanBola
Vietnam FF

Penyerang Vietnam, Nguyen Xuan Son menyifatkan gol beliau semasa menentang Laos sebagai permulaan kebangkitannya.

Hal ini dinyatakan beliau apabila ditanya tentang perasaannya kembali beraksi bersama Pahlawan Bintang Emas.

Selepas berehat panjang akibat kecederaan, Xuan Son kembali membarisi jentera serangan Vietnam menentang Laos. Selain beliau, Pham Tuan Hai turut mencetak nama sebagai penjaring.

Xuan Son percaya ini hanyalah permulaan untuk beliau kembali menemui prestasi terbaik bersama Pahlawan Bintang Emas terutama untuk tahun 2026.

“Ini baru permulaan, kita masih ada banyak perlawanan yang perlu dihadapi pada tahun hadapan,” katanya seperti dilaporkan TheThao247.

“Saya harap seluruh pasukan akan terus beraksi dengan lebih baik dan membawa lebih banyak kemenangan, itu perkara paling penting.”

Kemunculan semula Xuan Son juga berita baik buat kelabnya, Thep Xanh Nam Dinh. Ini kerana beliau dapat kembali mengetuai jentera serangan dalam setiap kejohanan yang disertai kelab itu.

Meskipun beliau tidak boleh beraksi dalam separuh pertama saingan V. League 1, Xuan Son boleh beraksi dalam kejohanan lain termasuk ACL2.