Penyerang Vietnam, Nguyen Xuan Son dilihat sudah tidak sabar kembali beraksi bersama pasukan itu.
Sebelum ini, penyerang berdarah Brazil itu terpaksa berehat panjang kerana mengalami kecederaan patah tulang tibia dan fibula pada kaki kanannya.
Kecederaan itu dialami dalam aksi final kedua ASEAN Championship 2024 pada Januari lalu. Susulan itu, Xuan Son bukan saja terlepas beberapa perlawanan antarabangsa bersama Vietnam.
Malah, namanya juga tidak disenaraikan pasukannya, Thep Xanh Nam Dinh FC untuk separuh pertama saingan V. League 1 musim 2025/26.
Selepas kembali cergas sepenuhnya pada Oktober lalu, penyerang berusia 27 tahun itu dilaporkan bakal dipanggil untuk tugasan antarabangsa bulan November.
Hal ini mendorong Xuan Son membuat satu hantaran menarik di Instagram. “Saya lapar,” katanya.
Ramai peminat percaya bekas penyerang Vegalta Sendai itu sudah tidak sabar untuk meledakkan gol bersama Pahlawan Bintang Emas.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, Xuan Son berpeluang membuat penampilan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada 18 November ini.