Zaki Harun Presiden Baharu Kelantan Red Warrior
MakanBola
Kelantan Red Warrior FC

Pengurusan kelab The Red Warrior mengumumkan ketibaan Dato Muhamad Zaki Harun sebagai presiden baharu skuad tersebut bagi musim ini.

Menerusi kenyataan media KRW pada Isnin, Dato Muhamad Zaki Harun telah dilantik sebagai presiden baharu Kelantan Red Warrior bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Nik Hafiz.

“Kelantan Red Warrior FC mengucapkan jutaan tahniah kepada YBhg. Dato’ Muhamad Zaki bin Haji Harun atas pelantikan beliau sebagai Presiden”

Selain itu, Dato Muhamad Zaki juga membawa reputasi yang luar biasa bagi skuad KRW dalam beberapa aspek seperti kepimpinan.

“Dato’ Zaki membawa bersama beliau reputasi luar biasa dalam bidang kepimpinan, disiplin dan integriti serta nilai yang amat penting dalam membentuk budaya profesional dan berdaya saing KRW.”

Tambahan lagi, Dato Muhamad Zaki merupakan bekas Ketua Polis Kelantan ini dapat membentuk skuad tersebut ke arah lebih baik.

“Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Kelantan, di mana beliau terbukti cekap dalam pengurusan organisasi dan hubungan masyarakat.”

Sehububungan dengan itu, KRW berharap Dato Muhamad Zaki dapat membawa kejayaan kepada skuad KRW musim ini.

“Dengan dedikasi, visi jelas dan komitmen tinggi, kepimpinan beliau diharapkan mampu menyatukan pemain, pengurusan dan penyokong ke arah kejayaan gemilang.”